KPS3014- PENGURUSAN PEMBELAJARAN
PORTFOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN
NAMA: NUR AINA BINTI HAMDAN
NO MATRIK:D20181082453
KUMPULAN: Q
NAMA PENSYARAH: DR ABU BAKAR BIN YUSUF
SILA KLIK DISINI UNTUK NOTA:
https://drive.google.com/open?id=1FkSAHcfI64PDaSwbjtgEp0NxHH7UPBbu
REFLEKSI
TOPIK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ,pengurusan
bermaksud mengurus sesuatu. Pengurusan juga boleh didefinisikan sebagai
kerjasama dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan sumber optimum untuk
mencapai sesuatu matlamat. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan
bidang pengurusan yang paling utama dalam bidang pendidikan. Dalam topik ini, kita
akan membincangkan mengenai cara-cara pengurusan pembelajaran dalam pengajaran guru, contoh kaedah yang digunakan guru untuk melaksanakan pembelajaran abad ke 21
dan juga peranan guru di dalam kelas dalam mengurus pembelajaran pelajar melalui
pengajaran yang disediakan guru.
Terdapat beberapa cara yang digariskan dalam
bab ini untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam pengajaran.Yang pertama ialah
guru perlulah bersikap kreatif dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian isi
kandungan pelajaran kepada pelajar. Guru perlulah menggunakan sumber
pembelajaran dan bahan pembelajaran yang mampu menarik perhatian para pelajar
untuk focus terhadap apa yang cuba disampaikan oleh guru di dalam kelas.Yang kedua
ialah guru perlulah banyak merancang dan melaksanakan aktiviti yang menarik
minat para pelajar untuk menyertainya. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung ialah seperti permainan, teka
silang kata, lakonan dan sebagainya. Perancangan yang rapi haruslah dilakukan
oleh setiap guru sebagai persediaan awal sebelum masuk ke dalam kelas untuk
mengajar. Dengan adanya kaedah pengajaran seperti ini,nescaya murid akan lebih
terangsang untuk belajar.
Bab ini juga menerangkan dengan lebih lanjut tentang
contoh aktiviti berkumpulan yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Aktiviti
ini menerapkan unsur pembelajaran abad ke 21 yang menekankan prinsip 4C iaitu
communication, collaboration, creativity and critical thinking.Contoh aktiviti
yang pertama ialah ‘Gallery walk’. Aktiviti ini melibatkan penyertaan aktif
oleh pelajar dalam kumpulan.Faedah aktiviti ini ialah pelajar akan mampu memahami
sesuatu topik dengan lebih mendalam dan dapat berkongsi ilmu dengan rakan
sekelas yang lain.
Aktiviti kedua ialah Rainbow group. Rainbow group memerlukan
setiap pelajar dalam kumpulan berpecah dan masing-masing akan belajar mengenai
subtopik yang berbeza bagi setiap tajuk dengan ahli kumpulan yang lain yang mendapat
soalan yang sama. Setelah perbincangan selesai mereka akan kembali semula kepada
kumpulan yang asal untuk menceritakan kembali apa yang telah mereka bincangkan
sebelum ini.Dengan adanya Rainbow group ini,setiap orang pelajar akan menguasai
tajuk atau soalan yang telah diberikan kepada mereka dan mereka perlu berkongsi
kembali apa yang mereka dapat hasill daripada perbincangan terbabit.Maka
pelajar yang lain juga akan mendapat maklumat yang sama dan perkongsian
pendapat yang berlaku antara pelajar ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan
sedia ada mereka mengenai topik terbabit.
Topik
pengurusan pembelajaran dalam pengajaran ini juga turut menggariskan beberapa
peranan guru di dalam merangka pengajaran di dalam bilik darjah.Salah satunya ialah
guru bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar .Guru haruslah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada pelajar ketika aktiviti berpusatkan pelajar sedang
dijalankan.Selain itu,guru juga berperanan untuk mewujudkan rasa ingin tahu dalam
diri pelajar. Setiap topic yang bakal diajar oleh guru haruslah diperkenalkan
dengan cara yang menarik kepada pelajar agar pelajar akan mempunyai sifat ingin
tahu yang tinggi untuk belajar dan sentiasa berasa teruja untuk mempelajari
sesuatu yang baru. Guru juga berperanan sebagai perancang pengajaran. Guru
haruslah menyediakan RPH yang lengkap dan menarik supaya perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya,pengurusan
pembelajaran dalam pengajaran merupakan salah satu aspek pengurusan penting di
setiap sekolah. Tahap pencapaian akademik para pelajar bergantung kepada
bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Jadi
guru bertanggunjawab memainkan peranan bagi memastikan pelajar dapat menerima
ilmu yang disampaikan oleh guru di dalam kelas pada tahap yang paling maksima. Dengan
adanya pembelajaran abad ke 21 yang bercirikan penglibatan aktif pelajar di
dalam kelas, nescaya tahap penerimaan ilmu oleh pelajar akan bertambah
menyebabkan mereka mampu menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik.
RUJUKAN
Hayati Ismail.
(2018, Januari 15). Pembelajaran abad ke-21 : Harapan, reality dan cabaran.
Utusan Online,
Diperoleh daripada m.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819
Kaizen Kohana.
(2012). Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. [Slaid pembentangan].
Diperoleh
daripada
Suprijono,
Agus. (2009). Cooperative Learning, Teori & Aplikasi PAIKEM. Surabaya: Pustaka
Norfazila
Binti Abdul Malik(2013), Penerapan Ciri-Ciri Guru Berkesan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa Latihan
Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Uthm, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Kamaruddin, H.
H. (1994). Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah. Cheras, Kuala Lumpur.:Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
TOPIK 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID
Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan
pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan
mencapai sesuatu matlamat. (Jamaliah abdulhamid, Norashimah Ismail,2005). Manakala, Pembelajaran ialah menurut
Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan
sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh
diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Terdapat empat
konsep dalam pengurusan dan pembelajaran murid iaitu mengawal, pengalaman,
mengarah dan merancang.
Bab ini juga mengkaji tentang beberapa jenis gaya
pembelajaran pelajar iaitu gaya pembelajaran auditori, kinestetik dan juga gaya
pembelajaran visual. Gaya pembelajaran auditori lebih menekankan kepada gaya
pembelajaran pelajar melalui deria pendengaran , gaya pembelajaran kinestetik
melalui gerakan pelajar manakala gaya pembelajaran jenis visual pula merupakan
gaya pembelajaran berdasarkan pengamatan atau penglihatan pelajar. Setiap pelajar
mempunyai pelbagai jenis gaya belajar yang berbeza untuk mereka belajar dan memahami
sesuatu yang diajar oleh guru. Para guru haruslah sensitif dan peka terhadap
gaya pelajar yang berbeza dan cuba sesuaikan dengan gaya pengajaran guru di
dalam kelas supaya perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berjalan dengan lancar dan sempurna.
Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan ilmu kepada
para pelajar dengan lebih berkesan. Salah satu cara penyampaian ilmu yang
efektif adalah dengan mengadakan program peningkatan prestasi seperti seminar
menjawab dan kelas tambahan. Melalui kelas tambahan, pelajar mempunyai masa
yang lebih banyak untuk belajar disamping mengulangkaji pelajaran bersama-sama
guru mereka. Mereka juga berpeluang untuk bertanyakan sesuatu yang tidak difahami
tentang sesuatu perkara yang dipelajari. Di samping itu, mengadakan program mentoo-mentee
sedikit sebanyak membantu dan mendekatkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.
Guru juga lebih mudah untuk mengajar apabila berada dalam lingkungan kumpulan pelajar
yang kecil. Seterusnya, mengadakan program guru muda. Guru muda ini adalah di dalam
kalangan pelajar yang lebih menonjol dalam pelajaran. Mereka akan mengajar
pelajar yang lemah, seterusnya meningkatkan fahaman mereka dalam sesuatu
subjek. Kebiasaannya pelajar akan lebih faham dan mengingati apa yang telah
diajar oleh rakan mereka sendiri berbanding yang diajar oleh guru.
Kesimpulannya, setiap guru berfungi
sebagai pengurus hal ehwal murid yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru memainkan
peranan yang amat penting dalam mengawal tingkah laku murid dan bukan sekadar
bertugas sebagai penyampai ilmu. Malah, Guru juga haruslah lebih peka terhadap
gaya pembelajaran pelajar dengan disesuaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai.Oleh
yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting kerana ianya merupakan
satu elemen sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan
menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan
dunia.
RUJUKAN
Mok Soon Sang.(2010).
Tugas& Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran dan Perancangan Pengajaran
& Pembelajaran. Puchong,Selangor: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD
Muhammad
Suhaimi (2012). Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan. Diperolehi pada
Oktober
29, 2018 daripada
Lembaga
Penilaian Kompetensi kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi pada Oktober
28, 2018 daripada
Mohamad
Khirudin Amdan, Artikel Ilmiah Strategi Pengajaran Pembelajaran, Kaedah
Pelaksanaan
Serta Cabaran Dalam. Diperoleh pada Oktober 28, 2018 daripada
Suppiah
Nachiapan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd.Aziz Abd. Shukor,Ramlah Jantan,
Roslinda
Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan
Pelajar.
( Edn.). Tanjong Malim: Oxford Fajar.
TOPIK 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Menurut Abdul Ghani (2008), sekolah yang berkesan
dipimpin oleh pengetua yang cemerlang. Di dalam carta organisasi sekolah,
pengetua merupakan jawatan yang paling tinggi di dalam pentadbiran sekolah.
Peranannya adalah bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum
serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
Selain itu, pengetua berperanan dalam mewujudkan hubungan dua hala dengan
komuniti dan agensi-agensi luar. Di samping, bertanggungjawab dalam hal pengurusan,
pentadbiran dan kewangan sekolah. Diikuti dengan penolong kanan pentadbiran, penolong
kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum dan juga guru kanan matapelajaran.
Menurut Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003
proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yangtelah
dirancangkan. Manakala menurut Yahya Don, 2005 konsep kepemimpinan adalah
keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat
atau orang bawahan seperti guru, staf sokongan, dan pelajar supaya
bersetuju melaksanakan program-program danmelakukan perubahan bagi
mencapai matlamat sekolah.
Terdapat empat jenis gaya kepimpinan iaitu
autokratik, Laissez-Faire, demokratik dan kontigensi. Gaya kepimpinan ini merujuk kepada pendekatan atau
cara seseorang pemimpin dalam mengetuai organisasi dengan menggunakan apa jua
gaya yang terdapat di dalam teori-teori kepimpinan bagi memperjelaskan tentang
pemimpin dalam kepimpinannya dan kesan penggunaan gaya kepimpinan terhadap
organisasi yang dipimpinnya. Seterusnya, kepimpinan bilik darjah didefinisikan
sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus
dirinya sendiri dan berkomunikasi dan melakukan interaksi dua pihak, antara guru
dan murid, selain menyampaikan visi kepada murid-murid. Hal ini kerana, guru
kelas mahupun guru subjek merupakan pemimpin yang dimaksudkan sewaktu berada di
dalam bilik darjah.
Seterusnya terdapat tiga gaya pengajaran dalam pembelajaran
iaitu pengajaran secara langsung, pengajaran secara tidak langsung dan pengajaran
berpusatkan bahan bantu mengajar. Pengajaran secara langsung ini merupakan
strategi yang sering digunakan oleh kebanyakan guru dalam memberi penerangan,
demonstrasi, model, panduan, memberi latihan dan maklum balas murid. Manakala pengajaran
secara tidak langsung pula lebih bersifat kepada tumpuan murid. Hal ini
demikian di mana minat dan perasaan ingin tahu murid yang akan menggalakkan
mereka untuk menjana alternatif atau mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.
Peranan guru beralih daripada pengajar kepada fasilitator, pemberi sokongan dan
menjadi sumber rujukan murid. Selain tu, pengajaran berpusatkan bahan bantu
mengajar adalah menekankan penggunaan untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan
pemahaman murid sekiranya digunakan secara betul dan berkesan.
Kesimpulannya, organisasi dan kepimpinan di dalam
sekolah ini memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini demikia kerana
setiap organisasi yang mempunyai ketua akan dibantu oleh ahlinya bagi memajukan
sesebuah organisasi tersebut. Begitu juga sekolah. Pengetua akan dibantu oleh
para guru yang lain bagi menjayakan program-program di sekolah serta menaikkan
prestasi sekolah cemerlang.
RUJUKAN
Jamaliah
Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan&
Kepimpinan Pendidikan.
Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Abu
Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Perak: Quantum Books.
Yahya
Don. (2005).Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Pahang: Pts Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Rosnani
binti Kaman. (2013). Pengaruh Kepimpinan Pengetua Dan Amalan Pengurusan Menyeluruh
(TQM) Terhadap Kepuasan Kerja Serta Komitmen Guru. Universiti Utara Malaysia.
Kuala Lumpur.
Shahril
@ Charil Marzuki, Rahimah Ahmad & Hussein Ahmad (2010). Kepimpinan Pengetua,
Menjana Modal Insan di Sekolah Berkesan.
TOPIK 4: PENGURUSAN MURID
Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan sebagai
satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian,
pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan)
yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Pengurusan
murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana
pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah.
Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya
menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Di dalam pengurusan murid terdapat tiga elemen
penting iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan
murid. Dalam elemen mengurus rekod murid, terdapat beberapa aplikasi yang
sangat penting dalam membantu guru untuk mnegurus data dan maklumat dengan
lebih tepat dan efisien. Antaranya ialah, Educational Management Information
System Online (EMIS), Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Salahlaku
Disiplin Murid (SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Elemen yang kedua ialah kesediaan murid. Pembelajaran
di dalam bilik darjah hanya akan berlaku sekiranya wujud kesediaan. Kesediaan
ini merangkumi tiga bahagian iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan
kesediaan psikomotor. Tambahan pula terdapat juga beberapa faktor yang
mempengaruhi kesediaan pelajar iaitu kematangan dan pengalaman. Kematangan ni
terdiri daripada empat kategori iaitu kematangan fizikal, kematangan emosi,
kematangan kognitif dan kematangan sosial.
Elemen yang terakhir ialah memotivasikan murid. Motivasi
ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu
matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperoleh
kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan. Terdapat
dua jenis motivasi iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi
instrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk
melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan itu, teknik motivasi
instrinsik berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia
ada dalam pembelajaran. Seterusnya motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang
direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud
daripada persekitaran (Woolfolk,2006). Motivasi ekstrinsik berkait dengan unsur
luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran yang nyata seperti
pujian,hadiah, markah, gred, wang, pengiktirafan berbentuk sijil dan penghargaan
diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan
sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanahkan.
Kesimpulannya, pengurusan murid merupakan suatu
perkara yang sangat penting yang harus menjadi perhatian oleh warga sekolah
terutamanya para guru. Setiap rekod murid haruslah disimpan dengan rapi agar
tidak timbul sebarang kesulitan kepada pelajar dan juga pihak sekolah.Selain
itu guru juga haruslah sentiasa peka dengan tahap kesedian pelajar untuk
belajar yang mungkin berbeza bagi setiap pelajar. Guru juga haruslah memainkan peranan
penting bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan kaeah yang
sesuai dengan pelajar terbabit agar pelajar terbabit mampu menjadi pelajar yang
cemerlang di sekolah.
RUJUKAN
Ernie
Dharlya Che Daud & Aslina Saad. (2013). Sistem maklumat pengurusan dalam
talian disekolah dalam konteks Malaysia. Seminar kebangsaan ICT dalam
pendidikan.
Noriati
A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid
dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Suppiah
Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan,
RoslindaMustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran
dan perkembangan pelajar. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd
Raudhah
Ulya. (2017). Pengurusan Murid. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada
Muhammad
Ilyas. (2015). Pengurusan Murid. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada
TOPIK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah adalah proses yang melibatkan
penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi
antara murid. Bilik darjah ialah persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek
murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Pengurusan bilik darjah boleh difokuskan
kepada tiga aspek penting iaitu dari segi ilmu pengurusan bilik darjah,
kemahiran mengurus bilik darjah dan juga strategi pengurusan bilik darjah.
Bagi aspek pertama iaitu ilmu pengurusan bilik
darjah, aspek ini menerangkan sedikit sebanyak mengenai pengurusan unsur
fizikal bilik darjah, pengurusan bahan pengajaran dan juga pengurusan disiplin
murid. Bagi pengurusan fizikal bilik darjah, menceritakan mengenai pembentukan
iklim bilik darjah dari sudut fizikal, emosi dan sosial serta penyusunan bilik
darjah. Bagi pengurusan bahan pengajaran pula, bahan alat bantu mengajar yang
digunakan haruslah mampu menarik minat para pelajar untuk belajar di dalam
bilik darjah. Contohnya seperti media elektronik dan media cetak seperti komputer,
projector dan LCD surat khabar, buku dan sebagainya. Perancangan yang rapi dari
segi kaedah pengajaran, isi kandungan pengajaran dan juga objektif pengajaran
haruslah disediakan oleh para guru sebelum mengajar di dalam kelas .Seterusnya
bagi ilmu pengurusan disiplin murid, para guru haruslah bijak mengawal tingkah
laku pelajar di dalam kelas.Kaedah peneguhan positif dan negatif ketika
mengajar perlulah disesuaikan bagi situasi tertentu.
Aspek yang seterusnya ialah kemahiran untuk mengurus
bilik darjah. Kemahiran pengurusan
bilik darjah terdiri daripada empat perkara iaitu merancang, mengurus, mengawal
dan juga mengarah. Guru haruslah mengambil inisiatif yang efektif untuk
merancang, mengurus, mengawal serta mengarah murid-murid bagi mewujudkan bilik
darjah yang kondusif.
Di samping itu, strategi pengurusan bilik darjah
yang berkesan juga haruslah dititikberatkan bagi memastikan keadaan bilik
darjah berada dalam keadaan yang kondusif dan sesuai untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang efektif bagi guru dan pelajar. Bilik darjah juga berfungi sebagai pusat
pembelajaran yang bermaksud bilik darjah mempunyai ruang yang dilengkapi dengan
bahan pengajaran yang dibina secara kreatif oleh guru dan pelajar. Pusat
pembelajaran ini memerlukan sistem pengurusan yang sistematik agar proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas samada secara formal atau tidak formal
boleh berlaku dengan lancar.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah ini amatlah
penting supaya dapat mewujudkan suasana yang selesa, ceria dan murid mendapat
semangat untuk belajar dengan tenang. Kerjasama
antara peLajar dan guru pastinya akan membawa kepada pengurusan bilik darjah
yang terbaik. Ketiga-tiga aspek yang dinyatakan perlulah diseimbangkan dan dilaksanakan
di dalam setiap bilik darjah demi manfaat bersama.
RUJUKAN
Nik
Nor Ahmarizam Nik Ahmad. (2015, Mac 12). Pendidikan kelas abad ke-21. Sinar
Online, Diperoleh daripada
Haliza
Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2013). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor : Oxford Fajar.
Hew
Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar dan
Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia.
Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). “Pengurusan Bilik
Darjah‟. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori
dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN
978-983-3850-54-9.
Izyan
Nadia. (2015). Pengurusan Bilik Darjah. [Slaid pembentangan]. Diperoleh
daripada
TOPIK 6: PENGURUSAN SUMBER
Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah.
Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid
menguasai sesuatu topik. Sumber yang ada haruslah dimanfaatkan sepenuhnya
agar hasil yang diperoleh adalah seperti yang diharapkan. Ransangan daripada
pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Tambahan
pula, zaman sekarang merupakan zaman yang berteknologi dan kebanyakan murid
sudahpun didedahkan dengan kemudahan teknologi IT. Oleh hal yang demikian, para
guru harus lebih bijak dalam memilih sumber pembelajaran agar murid tidak mudah
bosan dengan aktiviti pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah
segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran
dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber
pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru
disekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah
tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran
yang diurus secara sistematik.
Pengurusan sumber pembelajaran juga mempunyai
peranan dan fungsi yang tertentu. Salah satunya ialah sumber pembelajaran dapat
meningkatkan produktiviti pendidikan dengan memudahkan proses pengajaran. Selain
itu, sumber pembelajaran juga dapat membantu meningkatkan penggunaan pelbagai
deria pelajar. Tambahan pula, pengurusan sumber pembelajaran ini juga dapat
memberikan peluang kepada pelajar untuk berkembang sesuai dengan kemampuan
mereka. Cara penyampaian guru juga akan lebih bersifat kreatif dan pelbagai
dengan adanya sumber pengajaran yang baik dan dapat mengelakkan pengajaran
bersifat kaku dan tradisional. Oleh hal yang demikian, murid juga tidak mudah
bosan dengan gaya pengajaran yang serupa sejak dahulu. Pengurusan sumber
pembelajaran juga menjadikan aktiviti pembelajaran lebih relevan dan berguna.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang
digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari
segi teknologi pendidikan, apa yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran
dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan
buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran
samada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan
sumber ialah penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan
dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar.
Kesimpulannya, pengurusan sumber
amatlah penting bagi setiap sekolah agar memudahkan para guru untuk menyampaikan
maklumat dan proses penerimaan para pelajar adalah selari. Kesemua sumber, jika
digunakan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang sesuai
akan bertindak sebagai ransangan untuk mewujudkan situasi
pembelajaran yang lebih bermakna. Pembela jaran yang berasaskan sumber juga
boleh melibatkan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran berbanding
murid yang hanya mendengar jika tiada sumber digunakan.
RUJUKAN:
Raja
Rozita Raja Ariff. (2013). Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Zon Bandar
Daerah
Segamat, Johor. (Disertasi Kedoktoran). Diperoleh daripada
Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Panduan
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Kpm, Malaysia.
Addafiey
Jamaludeen. (2015).Pengurusan Sumber: Pusat Sumber. Diperolehi daripada
TOPIK 7: STRATEGI MENGURUS BILIK
PEMBELAJARAN
Apa yang saya peroleh daripada pembelajaran tajuk
ini ialah mengenai bagaimanakah atau apakah perkara yang perlu diambilberat
dalam mengatur strategi dalam menguruskan bilik pembelajaran. Contoh bilik
pembelajaran adalah seperti bilik darjah, makmal, bilik khas, pusat sumber, bengkel,
studio seni dan bilik mata pelajaran. Oleh itu,strategi pengurusan bilik
pembelajaran perlu dititikberatkan bagi menarik minat pelajar untuk pelajar.
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik
pembelajaran seperti unsur fizikal,interaksi dalam bilik pembelajaran dan
mengurus iklim pembelajaran yang positif. Unsur fizikal merangkumi jenis bilik pembelajaran,
pengurusan bilik pembelajaran dan penyusunan bilik pembelajaran.Jenis bilik
pembelajaran terbahagi kepada 4 iaitu bilik darjah terbuka, bilik darjah
tradisi,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah KBSR dan KBSM. Ciri-ciri
bagi bilik darjah tradisi ialah kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris,
kaedah pengajaran berpusaatkan guru dan kurang mempraktikkan aktiviti kumpulan.
Seterusnya,ciri bagi bilik darjah terbuka pula ialah pengajaran atau pelbagai
aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu,kaya dengan bahan bantu
mengajar,tiada kurikulum dihadkan, ujian dan peperiksaan dikurangkan dan
perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar berlaku
secara terbuka dan jujur.
Faktor kedua ialah interaksi dalam bilik
pembelajaran di mana mengikut Model Pengajaran Sim, konsep interaksi dalam
bilik darjah merujuk kepada proses saling bertindak di antara guru, pelajar, objektif
pelajaran, isi kandungan pelajaran, serta alam sekitar yang merangkumi aspek
sosiobudaya, ekonomi, lokasi dan masa. Antara jenis interaksi dalam bilik
pembelajaran ialah interaksi 2 hala iaitu antara guru dan pelajar,interaksi 2
hala antara pelajar dan pelajar,interaksi pelbagai hala iaitu antara guru dan pelajar
dan antara pelajar dan pelajar dan interaksi sehala antara guru dan pelajar. Interaksi
2 hala dan pelbagai hala perlu dipraktikkan oleh guru dan pelajar keika sesi
pembelajaran.
Faktor terakhir adalah mengurus iklim yang positif
dimana ia bermaksud suasana yang selesa dan sesuai ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik pembelajaran. Iklim pembelajaran terbahagi kepada 3
iaitu suasana fizikal, sosial dan emosi. Suasana fizikal melibatkan penyusunan
bilik darjah dan keceriaan bilik darjah manakala bagi suasana sosial pula
melibatkan hubungan guru dengan pelajar dan hubungan pelajar dengan pelajar dan
juga interaksi 2 hala dan pelbagai hala dilaksanakan. Seterusnya, suasana emosi
pula melibatkan gabungan aspek suara yang digunakan oleh guru untuk menarik
minat pelajar, mewujudkan unsur humor ketika di dalam kelas, penggunaan pujian
kepada para pelajar untuk menghargai usaha yang ditunjukkan oleh mereka dan
juga guru perlu mevariasikan cara penyampaian bagi mengelakkan pelajar berasa bosan.
Kesimpulannya, para pelajar dan guru juga perlu
mempraktikkan strategi pengurusan bilik pembelajaran dengan baik agar sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga
perlu memastikan strategi pengurusan bilik pembelajaran ini dijalankan oleh
guru dan murid. Rentetan itu, murid dapat belajar dengan suasana yang selesa
serta efektif dan dapat meningkatkan
mutu pembelajaran muri-murid kepada tahap yang lebih baik. Malah, pihak sekolah
dapat melahirkan anak murid yang cerdik dan cergas.
RUJUKAN:
Muhammad
Suhaimi (2012). Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan. Diperolehi pada Oktober 29,
2018 daripada http://eprints.ums.edu.my/4441/1/nc0000001734.pdf.
Eng,
J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. Selangor: PTS Akademia.
Hasfarina
Abas (2014). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik pembelajaran Guru-Guru
Sekolah Menengah Daerah Segamat. (Disertasi Kedoktoran). Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/5/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
Abdul
Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Diperolehi Daripada http://journalarticle.ukm.my/6749/1/49-63_Rasid.UPM.pdf
TOPIK 8: PENGURUSAN TINGKAHLAKU
DISIPLIN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau
diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia
yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan
tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai.
Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk
menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti
dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang
dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah
laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin
merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada
segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Disiplin adalah adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada
murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru
sebagai guru disiplin. Walaupun seseorang guru itu tidak menggalas
jawatansebagai seorang guru disiplin mereka juga hendaklah mengambil
tanggungjawab bersamadalam menentukan disiplin sekolah untuk sentiasa berada di
dalam keadaan yang baik dan terkawal.
Tambahan pula, pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah
latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan.
Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah
boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin
diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian
besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin
kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa
penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada
pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada
perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang
berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak
mengongkong.Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara
paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan
memberontak jika mereka dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku murid di sekolah
merupakan salah satu aspek yang wajar diberi perhatian serius oleh pihak
sekolah terutamanya pihak lembaga dan disiplin di sesebuah sekolah. Peningkatan
stastistik kemasukan pelajar juvana ke sekolah juvana akibat salah laku
menunjukkan bahawa ramai pelajar atau remaja di Malaysia telah banyak yang
terjerumus dengan tingkah laku devian. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, pihak
sekolah terutamanya para guru perlulah mengawal disiplin para pelajar supaya mereka
sentiasa berada pada landasan yang betul dan menjadi pelajar yang berakhlak
mulia.
RUJUKAN
Abdul
Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku
Pelajar. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Herry
Hazz. (2013). Definisi Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/document/169272997/Definisi-Pengurusan-Tingkah-Laku
Suresh Kumar N Vellymalay (2011). Sikap dan Tingkah
Laku Remaja Terhadap Pembelajaran di Sekolah: Satu Kajian Kes di Rumah
Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)(2011): 25-32. Diperoleh daripada http://www.ukm.my/jurfpend/volume%2036(2)/Sikap%20dan%20Tingkah%20Laku%20Remaja%20Terhadap%20Pembelajaran%20di%20Sekolah.pdf
Amia Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat.
(2009). Bimbingan dan kaunseling sekolah. Kuala Lumpur: UKM Bangi.
Abdullah Sani Yahaya
(2003). Mengurus Sekolah. Pahang: PTS Professional.
TOPIK 9: PENGURUSAN PENASIHATAN
MURID
Pengurusan penasihatan murid berkait rapat dengan
khidmat bimbingan dan kaunseling. Menurut Robert (2001) khidmat bimbingan dan
kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dengan klien. Tujuan
pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien
membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk
baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Di
sekolah, pengurusan penasihatan murid bukan hanya berpaksikan peranan seorang
guru kaunseling atau kaunselor sekolah semata-mata tetapi juga menjadi tugas
dan tanggungjawab semua guru di sekolah. Penasihatan murid melibatkan perbincangan
mengenai masalah yang biasanya berbentuk emosional antara kaunselor dengan klien
iaitu pelajar khususnya. Kaunseling sebenarnya membantu untuk membentuk
kesihatan mental pelajar supaya murid berasa selesa dengan diri sendiri, sentiasa
berfikiran positif terhadap orang lain dan berkeupayaan untuk memenuhi hidup
sendiri. Bab pengurusan penasihatan murid ini menceritakan dengan lebih lanjut
mengenai bimbingan, penasihatan, mentoring dan proses bimbingan dan
penasihatan.
Bagi aspek pertama yang dibincangkan iaitu aspek
bimbingan.Bimbingan merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal
untuk membantu seseorang mencapai matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki
sikap dan tingkah laku dalam aspek tertentu seperti bimbingan memberikan fokus
kepada potensi individu dan juga bimbingan yang menolong individu membuat
pilihan yang tepat.Terdapat beberapa prinsip bimbingan atau ciri yang perlu ada
sebagai guru pembimbing iaitu bersikap empati,menerima tanpa syarat , kemesraan
dan ketulenan dan sebagainya. Objektif bimbingan dan kaunseling adalah untuk
membantu pelajar dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar, membantu
pelajar dalam pemilihan kerjaya yang sesuai dengan pelajar berdasarkan minat dan
kebolehan mereka serta yang peling penting adalah untuk membantu pelajar
mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi.
Bagi aspek kedua iaitu mentoring, iaitu perhubungan
antara mentor dan mentee iaitu pelajar. Proses mentoring melibatkan proses
menjalin hubungan antara mentor dan mentee, merunding persetujuan, melihat
perkembangan profesion mentee dan juga akhirnya proses penamatan hubungan antara
mentor dan mentee setelah matlamat tercapai. Kepentingan mentor dan mentee ini
ialah para pelajar dapat berkongsi masalah yang mereka hadapi dalam
pembelajaran kepada mentor mereka. Kemudiannya dengan adanya interaksi antara
mentor dan mentee ini akan menyebabkan lebih banyak perkongsian maklumat oleh
mentor kepada mentee berlaku. Dengan ini,para pelajar akan lebih bermatlamat
untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam bukan sahaja bidang akademik malahan
juga dalam bidang kokurikulum.
Aspek ketiga ialah penasihatan. Penasihatan bolehh
ditakrifkan sebagai salah satu daripada mekanisme untuk membantu pelajar
menyelesaikan masalah. Antara ciri penasihatan ialah lebih memfokuskan kepada
masalah yang dihadapi berbanding orang yang bermasalah,lebih menjurus kepada
bentuk arahan atau suruhan kepada sesorang dan ia jua merupakan strategi
terbaik untuk menyelesaikan maslah dengan lebih efektif. Aspek seterusnya ialah
proses bimbingan dan penasihatan . Proses bimbingan dan penasihatan ini memerlukan
lima langkah utama iaitu pemerhatian, perancangan, pelaksanaan ,hasil dan juga refleksi.
Antara model pendekatan yang digunakan dalam bimbingan dan penasihatan ialah Teori
Psikologi Individu oleh Alfred Adler dan juga Teori Pemusatan Individu oleh
Carl Rogers.
Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid sangat
penting untuk memastikan keadaan emosi para pelajar di sekolah sentiasa berada
dalam keadaan baik. Emosi pelajar sangat mempengaruhi proses pembelajaran dalam
kelas sama ada mengalakkan atau merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Jadi guru di sini memainkan peranan penting terutamanya para kaunselor sekolah
untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar supaya segala masalah
pelajar dapat diselesaikan dan meningkatkan lagi motivasi pelajar untuk menjadi
pelajar yang berjaya.
RUJUKAN
Mok
Soon Sang. (2008). Pengurusan hal ehwal pelajar .Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Myrick,
Robert D. (2001). Bimbingan dan kaunseling perkembangan: Pendekatan yang
praktis.
Terjemahan Zuraidah Abdul Rahman . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini
Ahmad. (2003). Konsep dan amalan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributor.
TOPIK 10: PENGURUSAN PELBAGAI
BUDAYA
Topik pengurusan pelbagai budaya membincangkan
mengenai tiga perkara utama iaitu kepebagaian budaya murid, pengurusan merentas
budaya dan juga isu kepelbagaian budaya murid. Pelbagai budaya dari segi bahasa
boleh ditakrifkan dengan pelbagai jenis kelakuan dan cara berfikir. Manakala
dari segi istilah pula, kepelbagaian budaya juga boleh ditakrifkan sebagai satu
sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan
pelbagai dalam kelompok sesebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai
perbezaan sosial budaya dalam orgnisasi berkenaan.
Bagi aspek pertama yang dibincangkan iaitu kepelbagaian
budaya murid, aspek ini membincangkan mengenai budaya murid di sekolah yang
berbeza jenis bagi setiap murid. Setiap murid mempunyai perbezaan dari segi jantina,
umur agama, kenegaraan, kenegerian, kaum atau etnik dan terdapat juga perbezaan
dari segi bahasa. Perbezaan dari segi bahasa ini lahirnya dari pelbagai kaum
yang terdapat di Malaysia seperti bangsa Melayu, Cina, India, Kadazandusun,
Murut , Bajau dan sebagainya yang mempunyai amalan dan budaya mereka yang
tersendiri.Guru yang merupakan tenaga pengajar di sekolah haruslah sentiasa
peka dan prihatin terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam diri setiap pelajar
agar para guru dapat merancang pengajaran dengan lebih berkesan.
Aspek kedua yang dibincangkan dalam topik ini ialah
pengurusan merentas budaya. Aspek pengurusan merentas budaya melIputi elemen
penting seperti pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, aspek
fizikal bilik darjah dan perhubungan yang terjalin antara kelompok etnik dalam
kalangan murid. Selain itu,elemen kurikulum mata pelajaran dan kaedah
pembelajaran, penerapan nilai murni serta program RIMUP (Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan). Di samping itu kesatuan dalam kepelbagaian murid turut dibincangkan
dalam topic ini yang mengandungi elemen nilai merentas kurikulum, nilai merentas
kokurikulum, nilai merentas budaya sekolah serta pendidikan dan perpaduan kebangsaan
di Malaysia.
Seterusnya, aspek terakhir yang turut dinyatakan di
bawah tajuk pengurusan pelbagai budaya murid ini ialah isu-isu kepelbagaian
budaya murid. Antara isu yang timbul ialah isu Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Bahasa Melayu wajib digunakan di setiap sekolah sebagai bahasa
pengantar.Ia juga bertindak sebagai medium perpaduan bagi murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum di sekolah.Yang keduanya ialah isu semangat patriotik
yang perlu ada dalam diri setiap murid di sekolah.Semangat nasionalisme yang
tinggi dalam kalangan murid atau pelajar akan membuatkan mereka lebih mencintai
negara dan sentiasa bersemangat untuk belajar dengan bersungguh bagi
mengharuman nama negara. Isu kepelbagaian budaya yang seterunya ialah modal
insan.Setiap pelajar perlulah diterapkan dengan ciri-ciri modal insan kelas
pertama agar mampu menabur bakti kepada negara pada masa akan datang.
Kesimpulannya, guru merupakan asset yang penting
dalam pembentukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya. Seseorang guru
itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajarnya yang datang dari
pelbagai sudut dan aspek guru perlu bersifat “MULTICULTURAL”. Kepelbagaian budaya pelajar menjadikan setiap
pelajar memerlukan cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dari seorang
guru. Jadi, fungsi dan tugas seorang guru di dalam kelas sangatlah penting
untuk memastikan setiap pelajar di dalam kelas mendapatkan input yang efektif
daripada setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.
RUJUKAN
Amir
Asyraaf. (2015). Pengurusan Pelbagai Budaya. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada
https://prezi.com/hkrd30mkfkao/pengurusan-pelbagai-budaya/
Ismail
Yusoff. (2003). Pengenalan Sains Sosial. Sintok. Penerbit Univesiti Utara
Malaysia.
Prof.
Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya:
Cabaran dan Harapan. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Noraini
Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah (2014). Diperoleh daripada https://jtssweb.files.wordpress.com/2014/12/kepelbagaian-budaya-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam.pdf
TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu
murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya,
pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan
khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas merujuk
kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk
mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Terdapat empat perkara penting dalam pengurusan murid pelbagai upaya antaranya
ialah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan bekeperluan khas.
Program pemulihan merupakan satu usaha
dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid
lemah di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca,
menulis, dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah
menerima latihan khas dalam bidang ini. Menurut Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan
Che Ahmad dalam bukunya
yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011),
murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi
kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M. Mereka menunjukkan simptom atau gejala
kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Program pemulihan ini dapat membantu
mengembangkan potensi diri murid berdasarkan kaedah pengajaran
kreatif yang dilakukan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang
ini.
Pengayaan pula ialah
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaranyang dijalankan
sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasansekolah. Dalam kajian
terhadap pengurusan murid pebagai upaya
ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan danmemperluaskan
pengalaman mereka.
Dalam konteks ini,
keperluan khas merujuk kepada keperluan pelajar iaitu atas satu sebab atau yang
lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Pelajar yang dirujuk di
sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat
dalam satu atau lebih daripada sebab seperti kerencatan akal, kecacatan
fizikal, kekurangan penglihatan dan pendengaran serta gangguan pertuturan.
Kesimpulannya, pengurusan
murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi
masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis
jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya
matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri
mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana
pembelajaran yang lebih baik dalam kelas. Saranan KPM kepada guru untuk
melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang memberi kesan
positif kepada murid yang cenderung dalam ketegori pelbagai upaya
ini. Natijahnya, setiap murid memiliki keunikan dan keistimewaan
tersendiri. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memahami perkara tersebut
dan berkeupayaan untuk mempelbagaikan pendekatan yang berbeza untuk menarik minat
murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu
aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.
RUJUKAN
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz
Abd. Syukor, Ramlahjantan, Rosinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2012), Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar,
Herald Printing Sdn. Bhd, Selangor
Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar
Tahar, Safani Bani, Siti Nur Nadirah Ibrahim & Rosniza Zaharudin.
(2013). Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap
Proses Pengajaran. Asia Pacific Jurnal of Educators and Education, 28, 1-9.
Zharulnizam Shah Z.A. (2007). Kepimpinan dan Pengurusan
Pendidikan Khas. Johor :Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Daniel Hilmi. (2015). Pengurusan Murid Pelbagai
Upaya. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/mobile/danielhilmi/a-pengurusan-murid-pelbagai-upaya-1-10
TOPIK
12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah merupakan sebuah
institusi yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada golongan
yang ingin menuntut ilmu serta menyampaikan ilmu. Persekitaran pula membawa
maksud kawasan di sekeliling bagi suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada
suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.
Persekitaran sesebuah sekolah turut mempengaruhi perkembangan pelajar di
sekolah dari pelbagai aspek seperti akademik, sukan dan kokurikulum, sosial dan
lain-lain. Persekitaran sekolah terbahagi kepada dua bahagian iaitu
persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal ialah kemudahan dan peralatan
yang dibekalkan oleh pihak sekolah seperti bilik darjah, papan tulis dan bahan
pembelajaran. Persekitaran psikososial pula ialah hubungan antara keperluan
emosi individu dengan persekitaran sosialnya seperti suasana yang selesa dan mesra
yang berupaya merangsang aktiviti pembelajaran.
Setiap sekolah hendaklah
menitikberatkan hubungan tiga dimensi di antara pihak sekolah, pihak ibu bapa
dan juga masyarakat. Hubungan yang mantap dan akrab daripada ketiga-tiga pihak
dapat memudahkan pencapaian matlamat atau objektif yang sama. Hal ini kerana, sekolah
merupakan sebuah institusi sosial yang tidak wujud secara bersendiriran.
Hubungan sekolah dan masyarakat penting kerana sesebuah sekolah adalah lembaga
sosial yang berfungsi untuk melayani anggota masyarakat seperti golongan pelajar
dan ibu bapa dalam bidang pendidikan. Kemajuan sekolah dan kemajuan masyarakat
saling berkolerasi. Menurut Elsbree dan McNally, tujuan hubungan antara sekolah
dan masyarakat ialah mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak,
meningkatkan mutu kehidupan masyarakat, memperbanyak penyertaan masyarakat dan
lain-lain.
Hubungan antara sekolah
dan ibu bapa sering dikaitkan dengan penubuhan PIBG sesebuah sekolah yang
bertindak sebagai orang tengah di antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra
di antara guru dan ibu bapa dapat memudahkan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
ketika pelajar berada di sekolah. Hubungan yang baik ini juga dapat melenyapkan
segala prasangka negatif antara ibu bapa dan guru. Sebarang perbincangan dan
permasalahan juga boleh dijalankan dalam suasana yang aman dan harmoni sekiranya
hubungan antara pihak-pihak yang terlibat dalam keadaan baik.
Secara kesimpulannya,
sekolah dan persekitaran sangat berkait rapat dan penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sekolah sebagai tempat kepada para
pelajar untuk menerima ilmu serta kepada para guru untuk menyampaikan ilmu
perlulah berada dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Persekitaran yang
lengkap dari segi fizikal dan psikososial Dapat meningkatkan minat pelajar
untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Selain itu, isu-isu
pendidikan semasa yang timbul juga perlulah diberi perhatian yang sewajarnya
oleh pihak-pihak yang berkuasa bagi memastikan permasalahan tersebut tidak akan
berterusan dan memberikan kesan negatif kepada mana-mana pihak. Guru juga
hendaklah bersedia berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran akan datang yang
bakal dihadapi kelak. Pada era globalisasi kini, guru juga hendaklah sentiasa
peka dengan teknologi dan kemudahan yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran di sekolah yang berupaya menarik minat pelajar. Kemudahan yang dihasilkan
pada era globalisasi ini hendaklah dipelajari oleh setiap individu termasuklah
guru dan pelajar agar Malaysia dapat terus melangkah ke hadapan seiring dengan
negara maju yang lain.
RUJUKAN
Md Ishak A. Rahman. (2013, September 16). Menjana
Kepakaran Guru. Utusan Online, diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130916/pe_01/Menjana-kepakaran-guru#ixzz4eJstVcyN
TOPIK
13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan ialah satu
proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai sesuatu
matlamat kumpulan. Menurut Alister Brandon Jones (2016), pengurusan bermaksud
satu proses perancangan, persekolahan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha
ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber dalam organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Alam pembelajaran pula membawa
maksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para
pelajar dalam mencapai matlamat, perubahan tingkah laku yang positif serta
menambah pengetahuan. Pengurusan alam pembelajaran juga penting supaya sesi
pembelajaran dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan tidak timbul masalah
terlebih atau terkurang masa semasa mengajar.
Pengurusan alam
pembelajaran juga memberikan impak positif dan impak negatif dari segi akademik
dan sahsiah pelajar. Pengurusan alam pembelajaran yang baik dapat memudahkan guru
mengawal aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan di dalam kelas, maklumat yang
ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar juga lebih mudah difahami serta
penyampaian guru akan lebih teratur dan sentiasa dalam keadaan yang terkawal.
Namun, pengurusan alam pembelajaran yang tidak baik akan memberikan impak yang
sebaliknya kepada para pelajar. Sebagai contoh, apabila bilangan pelajar yang
terlalu ramai di dalam sesebuah kelas. Situasi ini menyebabkan guru tidak dapat
mengawal kelasnya dengan baik dengan adanya pelajar yang mempunyai pelbagai
tahap kebolehan dalam belajar. Selain itu, guru juga tidak dapat melayan semua
kerenah pelajar di dalam kelasnya dan berlakunya keciciran. Guru juga perlulah
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran terutamanya apabila berhadapan
dengan pelajar dan ibu bapa pada hampir setiap hari. Guru hendaklah mempunyai
kemahiran interpersonal yang baik dan bijak mengambil tindakan apabila berhadapan
dengan pelajar yang tidak bersedia untuk belajar.
Pengurusan alam
pembelajaran yang baik dapat dihasilkan melalui suasana pembelajaran yang
kondusif dan harmoni. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru bagi
membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran ialah
kemahiran berkomunikasi dengan pelajar. Komunikasi dua arah di antara pelajar
dan guru yang baik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik,
pembentukan akhlak pelajar yang terpuji serta penerapan kemahiran-kemahiran
tertentu. Pengurusan alam pembelajaran juga mempunyai kekuatan dan kelemahannya
yang tersendiri. Kekuatan atau kepentingan yang dapat diperoleh apabila guru
menjalankan pengurusan alam pembelajaran dengan baik ialah sesi pembelajaran yang
lebih teratur, objektif pembelajaran mudah untuk dicapai, dapat menarik minat
dan perhatian pelajar tehadap subjek tersebut serta membantu guru untuk sentiasa
bersedia.Kelemahan pengurusan alam pembelajaran ialah berlakunya perselisihan
yang menyebabkan perkara yang telah dirancang oleh guru tidak dapat berjalan
dengan sempurna. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, guru hendaklah bersifat
fleksibel dan mempunyai perancangan tambahan sekiranya perancangan pertama
tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, skop pembelajaran juga terhad kerana guru
hanya mampu mengajar mengikut sukatan harian yang diberikan kerana tempoh masa
yang dijadualkan juga terhad.
Kesimpulannya, pengurusan
alam pembelajaran ini membantu guru untuk lebih bersedia sebelum memulakan sesi
pengajaran. Pengurusan alam pembelajaran yang baik meliputi keseluruhan aspek
seperti pencapaian akademik pelajar, pencapaian kokurikulum dan tingkahlaku
pelajar sepanjangan proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung.
Pengurusan alam pembelajaran juga merupakan satu perkara yang penting kerana ia
melibatkan prestasi dan pencapaian pelajar. Hal ini bergantung kepada cara guru
mengurus dan mengendalikan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar serta
meningkatkan kefahaman pelajar. Oleh itu, persediaan yang cukup untuk
menghadapi dan mengurus pelajar sangat penting bagi seseorang guru. Setiap
individu yang bergelar pendidik juga perlulah membina hubungan interpersonal
bagi mewujudkan persefahaman antara guru dan pelajar. Pengurusan alam
pembelajaran membawa pelbagai kebaikan kepada guru dalam melaksanakan sesi
pengajaran yang lebih berkesan.
RUJUKAN
Norfazila Binti Abdul Malik(2013), Penerapan
Ciri-Ciri Guru Berkesan Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa Latihan Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Uthm, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia. http://eprints.uthm.edu.my/4186/1/NORFAZILA_BINTI_ABDUL_MALIK.pdf
Raedah Binti Md Amin (2013), Pengurusan Pengajaran
Dan Pembelajaran Sekolah Rendah Kebangsaan Di Zon Bandar Daerah Kota Tinggi,
Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.
Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan, Rosinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2012), Pembelajaran
Dan Perkembangan Pelajar, Herald Printing Sdn. Bhd, Selangor.
Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh,
Zetty Nurzuliana Rashed & Murihah Abdullah. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar
Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. e-Academia Journal UiTMT,
5(2), 106-114. Diperoleh daripada http://gids.mohe.gov.my/index.php/JeA/article/view/1301/78
Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014).
Kaedah pengajaran & pembelajaran kerohanian kanak-kanak. Selangor,
Malaysia: PTS Media Groups Sdn. Bhd.